Huawei Nova 4 Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 14 Februari 2019 Comments Off on Huawei Nova 4 Akan Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 14 Februari 2019 1195

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada Disember yang lalu, hari ini Huawei Malaysia telah melancarkan model pertamanya dengan sokongan paparan Punch FullView iaitu Huawei Nova 4 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan rekaan kamera depan di dalam skrin, ia akan mula dijual secara rasmi bermula 14 Februari nanti pada harga RM1,899.

Huawei Nova 4 dijana oleh pemproses Kirin 970, tersedia dengan konfigurasi memori 8GB RAM serta ruang storan sebesar 128GB, menyokong antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga menjanjikan prestasi grafik lebih baik dengan kehadiran teknologi GPU Turbo.

Dari segi penggambaran pula, ia tersedia dengan kamera depan beresolusi 25MP (f/2.0) yang menjanjikan kualiti swafoto lebih cantik melalui bantuan AI. Manakala penggambaran utamanya pula dilengkapi oleh tiga kamera beresolusi 20MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) lensa sudut luas + 2MP (f/2.4) lensa bokeh.

Huawei Nova 4 juga hadir dengan rekaan skrin jenis Punch FullView berukuran 6.4 inci LTPS FHD+ (2310 x 1080 piksel) yang menempatkan lensa depan di dalam skrin. Menurut Huawei, kedudukan lensa kamera depan telah ditempatkan di sebelah kiri skrin kerana ia dikatakan mampu menghasilkan gambar swafoto terbaik apabila diambil daripada pelbagai sudut.

Satu lagi ciri menarik yang boleh dinikmati oleh Huawei Nova 4 adalah keupayaannya untuk menetapkan rakaman video peribadi anda untuk menggantikan nada dering apabila panggilan diterima.

Terdapat dua warna ditawarkan iaitu Black dan juga Crush Blue yang tampil dengan sentuhan warna kecerunan yang sangat menarik apabila dilihat pada sudut tertentu.

Spesifikasi lain yang disokong termasuklah bateri berkapasiti 3750 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W (9V2A), WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.2, USB Type-C, dan mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm. Terdapat dua warna ditawarkan untuk Huawei Nova 4 iaitu Crush Blue dan juga Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend