Huawei Nova 4 – Adakah Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin Mengganggu Pengalaman Bermain?! Comments Off on Huawei Nova 4 – Adakah Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin Mengganggu Pengalaman Bermain?! 454

Trend rekaan skrin penuh pada telefon pintar sememangnya menjadi cabaran kepada pengeluar kerana mereka perlu mencari alternatif terbaik dalam memastikan saiz bezel yang nipis, tetapi dalam masa yang sama menjanjikan rekaan yang praktikal untuk penggunaan harian. Ternyata Huawei telah berjaya memperkenalkan rekaan ‘Punch FullView’ yang menempatkan kamera depan di dalam skrin.

Persoalannya, adakah rekaan sebegini masih mengganggu pengalaman bermain?!

Pada pendapat kami, rekaan kamera di dalam skrin yang diperkenalkan pada Huawei Nova 4 merupakan salah satu pendekatan yang terbaik buat masa ini kerana ia langsung tidak mengganggu pengalaman ketika bermain. Ini kerana kedudukan lubang kamera yang terletak di atas kiri skrin akan terlindung dengan ibu jari ketika anda mengawal permainan.

Sebagai contoh, genre permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) memerlukan kawalan kedua-dua tangan untuk memainkannya. Jadi boleh dikatakan kehadiran lubang kamera pada Huawei Nova 4 mungkin tidak akan anda sedari kerana ia akan sentiasa terlindung dari pandangan sepanjang anda memainkan permainan tersebut.

Berikut adalah screenshots beberapa judul permainan popular apabila dimainkan pada Huawei Nova 4:

PUBG MOBILE

Fortnite

Rules of Survivor

Garena Free Fire

Mobile Legends: Bang Bang

Need for Speed: No Limits

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend