Huawei Nova 3i Kini Diperkenalkan Dalam Varian 6GB + 128GB Dan Juga Warna Baharu Acacia Red Comments Off on Huawei Nova 3i Kini Diperkenalkan Dalam Varian 6GB + 128GB Dan Juga Warna Baharu Acacia Red

Huawei Nova 3i yang merupakan peranti pertama yang dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 710m sebelum ini telah diperkenalkan dalam varian 4GB + 64GB dan juga 4GB + 128GB. Namun begitu untuk pasaran tempatan, Huawei Malaysia dilihat hanya membawa masuk satu varian sahaja iaitu 4GB + 128GB.

Hari ini Huawei telah memperkenalkan satu lagi varian baharu iaitu 6GB + 128GB untuk pasaran di China, dan akan dijual pada harga CNY2,399 (kira-kira RM1,448). Selain menawarkan sokongan RAM yang lebih tinggi, Huawei juga telah mengumumkan kemunculan satu lagi warna baharu iaitu Acacia Red.

Huawei Nova 3i menyokong paparan skrin 6.3 inci FHD+, dikuasakan oleh Kirin 710, dioperasikan dengan EMUI 8.2 (Android 8.1 Oreo), dwi kamera utama 16MP + 2MP, dwi kamera hadapan 24MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3340 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend