Huawei Nova 3i Dengan Hadiah Percuma Akan Mula Dijual Bermula 12 Tengah Malam Ini – 28 Julai 2018 Comments Off on Huawei Nova 3i Dengan Hadiah Percuma Akan Mula Dijual Bermula 12 Tengah Malam Ini – 28 Julai 2018

Pada 19 Julai 2018 yang lalu, Huawei Malaysia telah melancarkan dua peranti terbarunya dari siri Huawei nova dengan penawaran model nova 3 dan nova 3i. Sebagaimana yang telah kami kongsikan, Huawei nova 3i yang dijual pada harga RM1,249 akan mula diijual bermula 12 tengah malam ini (28 Julai 2018).

Bagi memastikan nilai belian yang terbaik, Huawei Malaysia telah menjanjikan hadiah percuma dengan setiap pembelian Huawei nova 3i iaitu Huawei Bluetooth Earpiece AM61 (bernilai RM198) dan kad keistimewaan nova. Bagi memastikan anda menjadi antara yang terawal memiliki Huawei nova 3i, pembelian peranti ini boleh dibuat melalui Huawei Official Store bermula 12 tengah malam ini.

Lebih istimewa, Huawei akan turut mengadakan roadshow pertama Huawei nova 3i yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, pada 28 hingga 29 Julai 2018 bermula jam 10 pagi. Sebanyak 1000 pembeli pertama Huawei nova 3i (bergantung kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada) akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,000 yang mengandungi Huawei Bluetooth Earpiece AM61, Huawei A2 Band, baju-t Nerd Unit, dan juga kad keistimewaan nova. Malah empat pembeli bertuah akan turut membawa pulang seunit Huawei Body Fat Scale bernilai RM187 melalui cabutan bertuah yang diadakan.

Spesifikasi Huawei nova 3i:

  • EMUI 8.2 (Android 8.1 Oreo)
  • HiSilicon Kirin 710
  • 128GB + RAM 4GB
  • microSD (sehingga 256GB)
  • 6.3 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16 Megapiksel (f/2.2) + 2 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 24 Megapiksel (f/2.0)
  • 3340 mAh (5V2A)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend