Huawei Nova 3e Dengan Kamera Swafoto 24 Megapiksel Dan Storan 128GB Kini Dijual Pada Harga RM1,399 Comments Off on Huawei Nova 3e Dengan Kamera Swafoto 24 Megapiksel Dan Storan 128GB Kini Dijual Pada Harga RM1,399

Selepas lebih sebulan selepas model Huawei P20 dan P20 Pro dilancarkan secara rasmi pada awal April yang lalu, kini Huawei Malaysia telah membawa masuk satu lagi model terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kehadiran Huawei nova 3e (dikenali sebagai Huawei P20 lite untuk pasaran global).

Huawei nova 3e tampil dengan skrin FullView Display 2.0 dengan kehadiran takuk sama seperti siri P20 dengan paparan berukuran 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel), dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 659, dan ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 128GB + RAM 4GB. Panel belakang Huawei nova 3e yang diperbuat daripada kaca ini telah menempatkan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel + 2 Megapiksel dengan aperture f/2.2 dan juga pengimbas cap jari yang turut menyokong ciri kawalan tambahan untuk memaparkan notifikasi, mengambil gambar dan banyak lagi.

Huawei nova 3e dijual pada harga RM1,399 tetapi sehingga 31 Mei 2018 ini, ia boleh dimiliki pada harga RM1,320 selepas menerima pulangan tunai sebanyak RM79.

Untuk anda yang gemarkan aktiviti swafoto, Huawei nova 3e menjanjikan gambar yang lebih berkualiti dengan sokongan lensa beresolusi mencecah sehingga 24 Megapiksel (f/2.0) dengan bantuan mod bokeh, efek AR dan juga keupayaan pengecaman 96 poin pada wajah untuk swafoto yang sempurna. Selain itu ia juga menyokong antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, bateri berkapasiti 3000 mAh dengan pengecasan pantas 9V2A dan juga hadir dengan aplikasi pra-pasang Huawei AppGallery yang menawarkan pelbagai tawaran aplikasi yang menarik.

Huawei nova 3e ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Black dan juga Klein Blue.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Klein Blue dan Midnight Black, Huawei nova 3e dijual pada harga RM1,399 bermula 25 Mei 2018 ini dan setiap pembelian akan turut menerima Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68 secara percuma (selagi stok masih ada). Lebih menariknya, Huawei Malaysia akan turut menawarkan pulangan tunai sebanyak RM79 sehingga 31 Mei 2018 nanti. Ini bermakna Huawei nova 3e boleh dimiliki pada harga hanya RM1,320 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend