Huawei Nova 3 Tiba Lebih Awal Dari yang Sepatutnya Comments Off on Huawei Nova 3 Tiba Lebih Awal Dari yang Sepatutnya

Bagi yang ingin mendapatkan Huawei nova 3i, peranti itu sudah boleh dibeli di kedai-kedai seluruh negara. Manakala Huawei nova 3 pula, ia masih lagi belum ditawarkan setakat ini dan mengikut jadual yang diberikan, peranti itu akan tiba pada 17 Ogos depan.

Bagaimanapun, hari ini kami telah dimaklumkan oleh pihak Huawei dimana anda boleh mendapatkan peranti terbaharu itu lebih awal daripada tarikh sepatutnya iaitu pada 11 Ogos (Sabtu) depan pada harga RM1,899 seunit.

Baca juga: Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM1,249

Huawei nova 3 dilengkapi skrin 6.3-inci FHD+ dan cipset berprestasi tinggi Kirin 970 bersama memori 6GB RAM dan 128GB storan. Bateri yang dibekalkan ialah sebesar 3,750mAh dan ia memuatkan dwi kamera utama 16MP + 24MP serta dwi kamera depan 24MP + 2MP. Fotografi untuk telefon ini menyokong penggambaran AI lebih kurang seperti Huawei P20.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend