Huawei Nova 3 Primrose Gold Akan Mendarat Ke Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Huawei Nova 3 Primrose Gold Akan Mendarat Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Tidak dinafikan sambutan yang diterima Huawei untuk penjualan Nova 3 agak memberansangkan semenjak ia dilancarkan di Malaysia – lebih-lebih lagi dalam promosi bersama AirAsia BIG yang lalu. Kini, dalam memberikan pilihan yang lebih banyak kepada pengguna, Huawei telah menambah satu lagi warna baharu, Primrose Gold ke pasaran tempatan.

Warna baharu ini akan membarisi warna-warna sedia ada antaranya ungu, hitam, dan merah malah tiada penambahan harga akan dibuat untuk Huawei Nova 3 Primrose Gold ini (kami harapkan). Buat masa ini tiada tarikh khusus bilakah ia akan tiba di Malaysia. Jadi, bagi anda yang sudah tidak sabar nantikan kemunculan rasminya tidak lama lagi.

Huawei Nova 3 Primrose Gold masih dilengkapi spesifikasi yang sama seperti model asas. Peranti ini didatangkan dengan sistem penggambaran dwi kamera depan dan belakang 24MP (4 kamera), cip pemproses Kirin 970, memori 6GB RAM, serta 128GB storan. Sistem operasi dalaman dijana EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Ringkasnya, peranti ini menawarkan kelengkapan setara dengan peranti induk.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend