Huawei Nova 3 Diperkenalkan Secara Senyap Menawarkan GPU Turbo, Empat Kamera, 3D Qmoji Comments Off on Huawei Nova 3 Diperkenalkan Secara Senyap Menawarkan GPU Turbo, Empat Kamera, 3D Qmoji

Semalam kami ada maklumkan bahawa peranti Huawei nova 3 akan diperkenalkan kepada umum pada 18 Julai ini di China. Bagaimanapun sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi, pihak Huawei nampaknya sudah menawarkan tempahan awal untuk telefon pintar tersebut di laman e-dagang VMall.

Menariknya, spesifikasi dan ciri pada peranti ini turut dipaparkan bersama dan bagi anda yang nak tahu, telefon ini hadir dengan rekaan seakan Huawei P20 cuma ia mengenakan pengimbas cap jari di panel belakang dan bukan di sebelah depan. Anda mungkin perasan warnanya pula dikemaskan dengan warna unik hampir sama dengan Twilight.

Skrin dipadankan dengan paparan bertakuk 6.3-inci FHD+ dengan sistem dalaman seperti cipset Kirin 970, RAM sebesar 6GB, dan storan seluas 128GB. Sumber kuasa pula datangnya daripada bateri berkapasiti 3,750mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge.

Terdapat dwi kamera utama yang menawarkan sensor 16MP dan 20MP bersama integrasi AI untuk penggambaran sebaik honor 10. Kamera depan untuk berswafoto pula hadir dengan kamera 24MP dan 2MP untuk efek bokeh sekaligus menjadikan peranti ini lengkap dengan empat kamera. Disertakan sekali dengan sistem keselamatan nyahkunci peranti menggunakan wajah nova 3 juga menyediakan ciri terbaharu yang dipanggil 3D Qmoji. Ciri ini berfungsi lebih kurang seperti Animoji daripada Apple, Omoji daripada OPPO, dan AR Emoji daripada Samsung. Huawei nova 3 juga menyokong GPU Turbo khusus untuk gaming.

Huawei nova 3 menawarkan empat pilihan warna Nebula Purple, Black, Aqua Blue, dan Primrose Gold. Bagaimanapun, tiada tanda harga diletakkan buat masa ini sehingga 18 Julai nanti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend