Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM1,249 Comments Off on Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM1,249 2498

Hari ini Huawei Malaysia telah melancarkan secara rasmi dua model terbarunya dari generasi ketiga siri Huawei nova untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model Huawei nova 3 dan juga nova 3i. Lebih menariknya, majlis pelancaran untuk pasaran tempatan ini telah diadakan sehari selepas pelancaran rasminya di China yang baru sahaja berlangsung semalam.

 Panel depan dan belakang siri Huawei nova 3.

Dengan menampilkan rekaan paparan skrin 19.5:9 berukuran 6.3 inci LTPS FHD+ (2340 x 1080 piksel), Huawei nova 3 dan nova 3i telah dioperasikan dengan antaramuka terbaru EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Malah generasi ketiga siri Huawei nova ini turut dilengkapi dengan keupayaan penggambaran empat kamera dengan sokongan AI dan juga 3D Qmoji yang mampu menukarkan wajah ke avatar digital.

Huawei nova 3i (atas) dan Huawei nova 3 (bawah).

Huawei nova 3

Huawei nova 3 yang disasarkan untuk pengguna yang inginkan spesifikasi berkuasa kerana ia dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970. Ia turut dilengkapi sokongan ruang storan 128GB dengan RAM 6GB, kapasiti bateri 3750 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 9V2A (18W), kamera hadapan 24MP monokrom (f/2.0) + 2MP RGB (f/2.4), dan kamera utama 24MP (f/1.8) + 16MP (f/1.8). Apa yang istimewanya, panel kaca belakang nova 3 hadir dengan rekaan permukaan 3D yang melengkung pada sisi kiri dan kanan.

Huawei nova 3i (kiri) memiliki panel belakang kaca 2.5D berbanding panel kaca melengkung 3D pada Huawei nova 3 (kanan).

Huawei nova 3i

Huawei nova 3i pula telah dikuasakan dengan pemproses terbaru dari Huawei iaitu HiSilicon Kirin 710 yang dibangunkan berasaskan daripada Cortex-A73 menggunakan proses 12nm. Dengan harga jualan yang lebih mampu milik, nova 3i menyokong ruang storan 128GB dengan RAM 4GB, kapasiti bateri 3340 mAh dengan teknologi pengecasan 5V2A (10W), kamera hadapan 24MP (f/2.0) + 2MP, dan kamera utama 16MP (f/2.2) + 2MP.

Huawei nova 3 akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Iris Purple, Black dan Red, manakala nova 3i pula boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan iaitu Iris Purple, Black dan Pearl White. Huawei nova 3 akan dijual pada harga RM1,899 bermula 17 Ogos 2018 nanti dan Huawei nova 3i yang berharga RM1,249 pula akan mula dijual pada 28 Julai 2018 ini.

Hadiah percuma yang akan dimiliki dengan setiap pembelian Huawei nova 3 dan juga nova 3i.

Setiap pembelian Huawei nova 3 dan nova 3i akan turut menerima Huawei Bluetooth Earpiece AM61 bernilai RM198 secara percuma. Sempena promosi pelancaran, roadshow Huawei nova 3i akan turut diadakan pada 28 Julai nanti di IOI City Mall dan 1000 pembeli pertama akan turut menerima Huawei A2 Band dan juga baju-T eksklusif bernilai RM368 secara percuma (selagi stok masih ada).

Setiap pembelian Huawei nova 3 dan nova 3i akan turut menerima ganjaran tambahan bernilai sehingga RM1,000 daripada pelbagai jenama terkenal tanahair.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend