Huawei Nova 3 Akan Dilancarkan Di Filipina 28 Julai – Malaysia Mungkin Lebih Awal Comments Off on Huawei Nova 3 Akan Dilancarkan Di Filipina 28 Julai – Malaysia Mungkin Lebih Awal

Huawei bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu mereka tidak lama lagi. Terkini, di Filipina pihak Huawei nampaknya telah menggantung kain rentang di Glorietta Mall, Manila memperlihatkan tarikh pelancaran yang khabarnya Huawei nova 3.

Huawei nova 3 yang akan diperkenalkan secara global pada 18 Julai ini dikatakan bakal hadir dengan rekaan luaran seakan Huawei P20 Pro dengan warna dua tona Twilight. Ia juga dilengkapi skrin bertakuk FHD+ bersaiz 6.3-inci, memori RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Cipset yang digunakan ialah Kirin 710 yang terbaharu bersama bateri berkapasiti 3,650mAh. Peranti ini juga didatangkan dengan sistem dwi kamera depan dan belakang lebih kurang seperti nova 2 – kali ini kamera telah dinaik taraf menggunakan kuasa AI.

Untuk Malaysia pula, khabar angin yang bertiup kepada kami mendapati Huawei nova 3 akan dilancarkan di sini pada 19 Julai iaitu sehari selepas ia diperkenalkan di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend