HUAWEI nova 2 lite Akan Dijual Pada Harga RM799 Mulai 23 Mac 2018 Comments Off on HUAWEI nova 2 lite Akan Dijual Pada Harga RM799 Mulai 23 Mac 2018

HUAWEI selaku jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia, semalam telah melancarkan siri nova terbarunya yang disasarkan untuk pengguna remaja yang menginginkan prestasi dan juga kualiti.

HUAWEI nova 2 lite dirasmikan untuk pasaran tempatan pada harga hanya RM799.

Dengan paparan skrin FullView Display, HUAWEI nova 2 lite yang dioperasikan dengan EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo ini telah menawarkan sokongan dwi kamera 13 Megapiksel + 2 Megapiksel dengan sokongan ciri selfie toning LED flash’ bagi memastikan efek penggambaran swafoto yang lebih baik. Penyediaan lensa kedua beresolusi 2 Megapiksel ini membolehkan pengguna mendapatkan efek bokeh (kabur) yang boleh dilaras secara manual sebelum dan selepas gambar diambil.

Dua warna pilihan menarik iaitu hitam dengan kemasan panel logam dan juga biru dengan kemasan panel kaca.

Sokongan kamera depan pada HUAWEI nova 2 lite ini juga turut didatangkan dengan ciri pengecaman wajah yang dikuasakan oleh algoritma pengecaman wajah AI yang mampu mengesan sehingga 1,024 poin pada wajah bagi memastikan proses pengecaman yang sangat tepat.

Harga jualan RM799 sememangnya sangat kompetitif di pasaran.

Apa yang lebih menariknya, HUAWEI nova 2 lite kini telah ditambah dengan fungsi WiFi Bridge yang mampu meningkatkan capaian sambungan WiFi pada peranti lain yang terdapat di sekitarnya.

Akan mula dijual pada 23 Mac 2018 dan pembeli terawal akan menerima beg travel HUAWEI secara percuma.

HUAWEI nova 2 lite akan mula dijual secara rasmi di Malaysia mulai 23 Mac 2018 (Jumaat) ini dengan harga jualan RM799. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan juga biru. Malah pembeli terawal model ini akan turut menerima HUAWEI Travel Bag secara percuma selagi stok masih ada.

Hannah Delisha – duta ‘nova superstar’.

Spesifikasi HUAWEI nova 2 lite:

  • EMUI 8.0 (Android 8.0 Oreo)
  • Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430 (Octa Core)
  • 32GB + RAM 3GB
  • 158.3 x 76.7 x 7.8mm / 158g
  • 5.99 inci HUAWEI FullView Display HD+ (2.5D curved glass)
  • 1440 x 720 piksel
  • Kamera utama : 13 Megapiksel + 2 Megapiksel
  • Kamera hadapan : 8 Megapiksel
  • 3000 mAh
  • Pilihan warna : hitam (panel belakang logam) dan biru (panel belakang kaca)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend