Huawei NM Card Dengan Kapasiti 256GB Kini Boleh Dibeli Melalui Penjual Tempatan Comments Off on Huawei NM Card Dengan Kapasiti 256GB Kini Boleh Dibeli Melalui Penjual Tempatan

Minggu lepas baru sahaja kami mendedahkan bahawa kedai Satu Gadget Dot Com telah membawa masuk kad memori nano berkapasiti 128GB yang diperkenalkan secara eksklusif oleh Huawei dengan penawaran Huawei NM Card.

Nampaknya baru-baru ini Satu Gadget Dot Com telah membawa masuk pula kad NM bersaiz 256GB ke pasaran tempatan bermula minggu ini. Dengan harga jualan yang mencecah RM499, pembelian kad NM itu akan turut ditawarkan dengan jaminan waranti selama satu tahun daripada Satu Gadget Dot Com.

Untuk pengetahuan anda, kad Huawei NM ini hanya boleh digunakan pada model terbaharu keluaran Huawei seperti Mate 20, Mate 20 X dan juga Mate 20 Pro.

Anda kini sudah boleh memiliki siri Huawei Mate 20:

Baca juga:

Huawei NM Card 128GB Sudah Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend