Huawei NM Card 128GB Sudah Mula Dijual Di Pasaran Malaysia 0 219

Huawei telah memperkenalkan kad NM pada majlis pelancaran siri Mate 20 di London bulan lalu. Kad NM yang lebih kecil berbanding microSD ini juga adalah yang pertama di dunia digunakan secara komersial.

Terdahulu, kami dikhabarkan kad NM ini akan mula dijual di Malaysia dengan varian 128GB sahaja, tetapi tidak diberitahu tarikh khusus bilakah ia mula dijual. Bagaimanapun, hari ini kami telah dimaklumkan kedai Satu Gadget Dot Com di Kuala Lumpur telah mula menjualnya pada harga RM299.

Setelah mengunjungi kedai, jurujual tersebut memberitahu harga yang dijual adalah lebih mahal sedikit berbanding harga runcit yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Bila diulas lanjut, jurujual memberitahu tanda harga rasmi yang akan dijual tidak lama lagi adalah kurang RM1 daripada harga jualan di kedai mereka.

Baca juga: [EKSKLUSIF] Kad Memori Huawei NM Berkapasiti 128GB Akan Dijual Bermula Awal November Pada Harga RM298

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend