HUAWEI Mungkin Akan Perkenalkan Generasi Baharu FreeBuds Dalam Acara IFA Pada 6 September Comments Off on HUAWEI Mungkin Akan Perkenalkan Generasi Baharu FreeBuds Dalam Acara IFA Pada 6 September

Walaupun HUAWEI dilaporkan akan mengadakan acara rasminya sendiri sekitar 19 September 2019 nanti, jenama pengeluar telefon pintar kedua terbesar global ini turut disahkan akan turut serta dalam acara IFA 2019 yang akan berlangsung di Berlin pada 6 September 2019.

Melalui video acah terbaharu yang dikongsikan di Twitter, HUAWEI dipercayai akan memperkenalkan generasi baharu untuk aksesori audionya iaitu FreeBuds di dalam acara IFA 2019 itu nanti. Apa yang menariknya, video berdurasi 8 saat itu telah memperlihatkan klu yang mana menyaksikan sokongan cipset Kirin baharu pada aksesori tersebut.

Malah HUAWEI dilihat turut memuat naik status yang mendedahkan bahawa teknologi cipset Kirin akan menyambungkan pengalaman audio ke satu tahap yang baru. Berdasarkan video itu juga, ia turut memperlihatkan bayangan sarung FreeBuds yang kelihatan sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend