Huawei Mungkin Akan Menyingkirkan Siri Nova Kepada Sub-Jenama Baharu Comments Off on Huawei Mungkin Akan Menyingkirkan Siri Nova Kepada Sub-Jenama Baharu 224

Huawei sudah memiliki Honor sebagai sub-jenama telefon pintar sejak sekian lama. Kini, mereka dilaporkan bakal mewujudkan satu lagi sub-jenama baharu menggunakan nama ‘Nova’. Ia sekaligus menyingkirkan siri Nova dari barisan telefon pintar Huawei untuk bergerak atas jenama sendiri.

Huawei sebelum ini pernah membuat pengumuman rasmi yang mana siri Huawei Nova 5 akan dilancarkan di China pada minggu hadapan, 21 Jun 2019. Menguatkan lagi perkhabaran ini, Huawei nampaknya telah mendaftar akaun baharu di Weibo menggunakan nama ‘Nova’.

Selain itu, Huawei juga telah membuat perubahan kecil pada perkataan ‘Nova’. Muka taip kini sedikit tebal dan lebih bersegi bagi memberi kesegaran kepada jenama.

Jika perkara ini benar berlaku, Nova bakal membawakan strategi pemasaran yang tersendiri sekaligus dapat menguatkan lagi pengaruh Huawei dalam arena telefon pintar. Pada masa sama, kita bakal melihat kepelbagaian model bermula dari mampu milik hinggalah ke kelas mercu pada harga yang berpatutan.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh jenama Nova, begitu juga pihak Huawei.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend