Huawei Mungkin Akan Memperkenalkan Dua Aksesori Dalam Acara MWC 2019 – FreePair Dan HiPair Comments Off on Huawei Mungkin Akan Memperkenalkan Dua Aksesori Dalam Acara MWC 2019 – FreePair Dan HiPair 459

Semakin hampir dengan tarikh berlangsungnya acara MWC 2019, Huawei dilihat semakin kerap memfailkan tanda dagangan untuk nama yang akan digunakan pada produk terbarunya nanti. Selain telefon pintar, ada kemungkinan Huawei akan turut memperkenalkan aksesori di dalam acara tahunan itu.

Ini berikutan pemfailan tanda dagangan bertarikh 15 Februari yang telah dihantar oleh Huawei di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kedua-dua aksesori itu telah dikategorikan sebagai fon telinga/fon kepala yang akan menggunakan nama Huawei FreePair dan juga Huawei HiPair.

Walau bagaimanapun, buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat berhubung spesifikasi kedua-dua aksesori itu dan ia mungkin akan diumumkan secara rasmi dalam acara MWC 2019 nanti.

Sumber

Baca juga:

Huawei Bakal Hadir Dengan Model Huawei P Smart X Yang Mungkin Memfokuskan Aspek Permainan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend