Huawei Muncul Sebagai Syarikat Paling Meningkat Naik Dalam “Brand Finance Global 500 2019” Comments Off on Huawei Muncul Sebagai Syarikat Paling Meningkat Naik Dalam “Brand Finance Global 500 2019”

Syarikat perunding nilai jenama yang berpengkalan di Britain, Brand Finance hari ini mengeluarkan laporan tahunan “Global Brand Value Of The Top 500” memperlihatkan Huawei di tempat ke-12 daripada 500 syarikat lain dari seluruh dunia.

Menurut laporan, Huawei berjaya berada di kedudukan yang lebih baik tahun ini dengan kadar pertumbuhan sebanyak 63.7% berbanding tahun lalu. Pada masa sama, Huawei juga membuktikan mereka sebagai salah satu jenama paling pesat berkembang di dunia.

Terdahulu, Huawei melaporkan syarikatnya berjaya menjual 200 juta unit telefon pintar sepanjang tahun 2018. Dengan kejayaan ini, tidak mustahil Huawei bakal menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu menggantikan Samsung di tempat pertama kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend