Huawei Muncul Dengan Tiga Video Rasmi Dalam Mempromosikan Siri P30 Huawei Comments Off on Huawei Muncul Dengan Tiga Video Rasmi Dalam Mempromosikan Siri P30 Huawei 531

Mengikut jadual yang ditetapkan, kurang dari seminggu saja siri Huawei P30 akan dilancarkan di Paris. Terdapat banyak maklumat berkenaan peranti telah tertiris di arena sesawang dan terkini Huawei baru sahaja berkongsi video acah rasmi memperlihatkan keupayaan kamera melakukan rakaman video.

Dalam video pertama, ia menunjukkan kamera mampu merakam video menggunakan dua lensa berbeza secara serentak. Ini bermakna pengguna boleh merakam video pada jarak dekat dan pada sudut lebar dalam satu skrin yang bersebelahan.

Video kedua pula memperlihatkan siri Huawei P30 mampu merakam video dalam persekitaran kurang cahaya. Melalui fungsi Super Night Shot, pengguna kini ditawarkan rakaman dalam gelap yang terang seakan mod Night pada siri Mate 20 dan siri P20 – Tapi lebih menarik kerana ia kini dalam bentuk video.

Video acah terakhir pula telah mendedahkan kebolehan lensa melakukan fokus dengan pantas. Berdasarkan video, kamera mampu fokus pada subjek yang bergerak tanpa sebarang masalah. Fungsi ini juga agak unik kerana tidak semua telefon pintar di luar sana mampu melakukan tugas ini dengan baik.

Melalui ketiga-tiga video acah ini, kami yakin Huawei telah melakukan penyelesaian terbaik kepada keraguan pengguna dalam membuat rakaman video di telefon pintar.

Baca juga:

Siri Huawei P30 Akan Hadir Dengan Sokongan Pemodelan 3D

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend