Huawei Minta Pembekal Di Asia Untuk Mengekalkan Bekalan Comments Off on Huawei Minta Pembekal Di Asia Untuk Mengekalkan Bekalan

Pada masa ini, Huawei mempunyai beban untuk menangani masalah mereka dengan kerajaan Amerika Syarikat. Pengilang China tersebut telah mengeluarkan emel dalaman kepada kakitangannya untuk meneruskan tugasan serta meminta para pembekal utama di Asia untuk mengekalkan bekalan dan penghantaran setelah AS memutuskan untuk memasukkan Huawei ke dalam ‘senarai entiti’.

Pembuat cip Taiwan, TSMC, berkata walaupun syarikat sedang menilai impak keputusan AS, ia akan terus mengekalkan bekalannya secara sementara untuk Huawei. Pada masa ini terdapat khabar angin mengatakan bahawa pembuat cip AS seperti Qualcomm dan Qorvo telah menggantung bekalan penghantaran pada minggu lalu. Ini juga diikuti syarikat AS yang lain. Namun begitu, perkara ini masih lagi belum disahkan dan syarikat tersebut tidak membuat kenyataan.

Terdahulu, pentadbiran Trump di Amerika Syarikat telah menyenaraikan Huawei di dalam “senarai entiti” dan sekatan segera telah dikenakan. Ini juga menyebabkan syarikat-syarikat yang tergolong di dalam senarai itu mengalami kesukaran untuk membeli teknologi dari syarikat AS tanpa kelulusan kerajaan AS.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend