Huawei Merupakan Jenama Tunggal Yang Mencatatkan Peningkatan Pasaran Tablet Untuk Tahun 2018 Comments Off on Huawei Merupakan Jenama Tunggal Yang Mencatatkan Peningkatan Pasaran Tablet Untuk Tahun 2018 326

Saban tahun jenama Huawei dilihat semakin mendapat permintaan yang sangat positif di seluruh dunia, dan ini jelas dapat dilihat melalui kedudukannya sebagai antara jenama pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Nampaknya penerimaan Huawei bukan sekadar untuk pasaran telefon pintar sahaja kerana ia juga turut menyaksikan peningkatan yang sangat positif untuk pasaran tablet.

Berdasarkan perkongsian laporan yang dikeluarkan oleh IDC pada 30 Januari 2019 yang lalu, Huawei dilaporkan telah menduduki tangga ketiga sebagai pengeluar tablet terbesar dunia. Sepanjang tahun 2018, Huawei telah berjaya mengedar sebanyak 14.5 juta unit tablet, berbanding Samsung sebanyak 22.7 juta unit dan juga Apple dengan 42.9 juta unit.

Walaupun ia mencatakan angka jualan yang lebih rendah, tetapi apa yang mengejutkan adalah Huawei merupakan satu-satunya jenama yang berjaya mencatatkan pertumbuhan yang positif iaitu mencecah 14.9%. Perkara ini boleh dianggap satu perkembangan yang sangat baik memandangkan pasaran tablet global sendiri telah mencatatkan penurunan sebanyak 14.1%.

Kejayaan Huawei dalam pasaran tablet ini didorong oleh penawaran produk yang lebih seimbang antara spesifikasi dan juga harga jualannya. Ini jelas dapat dilihat melalui pelancaran tablet terbarunya iaitu Huawei MediaPad T5 yang ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif di pasaran.

Baca juga:

Huawei MediaPad T5 Berharga RM999 Kini Disahkan Boleh Dimiliki Lebih Awal – 28 Januari 2019

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend