Huawei Menyaman Kerajaan Donald Trump Kerana Menyekat Jualan Peralatan Telekomunikasi Comments Off on Huawei Menyaman Kerajaan Donald Trump Kerana Menyekat Jualan Peralatan Telekomunikasi

Huawei hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memfailkan aduan di mahkamah persekutuan A.S. yang mencabar perlembagaan Seksyen 889 Akta 2019 Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA). Melalui tindakan ini, Huawei menantikan keputusan pengisytiharan bahawa sekatan yang mensasarkan Huawei adalah tidak berperlembagaan dan injunksi kekal terhadap sekatan ini.

Melihat pada kenyataan media yang dikeluarkan, pihak A.S. telah berkali-kali gagal menunjukkan apa-apa bukti untuk menyokong sekatan produk Huawei. Sebagai langkah tepat dan terakhir, Huawei terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Jurucakap Huawei berkata “Larangan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga menyekat Huawei daripada terlibat dalam persaingan yang adil, akhirnya merosakkan pengguna A.S. Kami menantikan keputusan mahkamah dan percaya bahawa ia akan memberi manfaat kepada Huawei dan rakyat Amerika.”

Tambah Huawei, “Huawei tidak dimiliki, dikuasai, atau dipengaruhi oleh kerajaan China dan di Huawei kami bangga bahawa kami adalah syarikat yang paling terbuka, telus, dan diteliti di dunia. Sekiranya undang-undang ini diketepikan, seperti yang sepatutnya, Huawei boleh membawa lebih banyak teknologi canggih kepada Amerika Syarikat dan membantunya membina rangkaian 5G yang terbaik. Huawei bersedia menangani kebimbangan keselamatan Kerajaan AS.”

Huawei turut menyatakan mereka dapat mengurangkan kos infrastruktur tanpa wayar antara 15% hingga 40% dan dapat menjimatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya $20 bilion (~RM81.7 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend