Huawei Menuntut Lebih Daripada RM4.16 Bilion Untuk Yuran Pelesenan Paten Daripada Verizon Comments Off on Huawei Menuntut Lebih Daripada RM4.16 Bilion Untuk Yuran Pelesenan Paten Daripada Verizon 736

Baru-baru ini Huawei Technologies Co. telah meminta pembekal telco dari Amerika Syarikat (AS), iaitu Verizon Communications Inc. untuk menjelaskan bayaran lebih daripada USD1 bilion (kira-kira RM4.16 bilion) bagi mendapatkan yuran pelesenan untuk lebih daripada 230 paten yang dibangunkan oleh pembuat peralatan telekomunikasi dari China itu.

Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan oleh Wall Street Journal sebelum ini, Verizon perlu menyelesaikan isu pelesenan paten sebagaimana yang dinyatakan oleh eksekutif pelesenan harta intelek Huawei pada Februari yang lalu. Walaupun peralatan rangkaian itu telah digunakan oleh 20 pembekal teknologi di AS, kesemua syarikat dan firma yang terlibat telah merujuk kepada Verizon untuk menanggung kerugian tersebut.

Melalui pertemuan syarikat-syarikat yang terlibat dengan isu pelesenan paten daripada Huawei (termasuklah Verizon), mereka berpendapat bahawa perselisihan ini wujud disebabkan oleh ketegangan sekatan perdagangan antara AS dan China. Manakala tuntutan yuran pelesenan paten ini hanyalah tempias daripada tindakan yang telah dikenakan oleh AS terhadap China.

Menurut Rich Young selaku jurucakap Verizon, isu ini sebenarnya lebih besar dan bukan hanya setakat Verizon sahaja. Memandangkan konteks geopolitik yang lebih luas, sebarang isu yang melibatkan Huawei mempunyai implikasi untuk seluruh industri syarikat dan firma di AS. Perkara ini secara tidak menimbulkan kebimbangan nasional dan antarabangsa.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend