Huawei Menidakkan Laporan Untuk Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple Comments Off on Huawei Menidakkan Laporan Untuk Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple

Laporan yang mengatakan Huawei membuka tawaran untuk menjual cip modem 5G kepada Apple hari ini dinafikan oleh Huawei sendiri. Cip yang dimaksudkan adalah Balong 5000 yang dibangunkan untuk peranti 5G seperti Huawei Mate X.

Kami tidak mengubah strategi cipset kami dan tidak berhubung dengan Apple mengenai cip modem 5G ini“.

Balong 5000 kini dalam barisan pengeluaran untuk peranti boleh-lipat Huawei Mate X. Ini bermakna cip modem dengan keupayaan 5G yang dihasilkan adalah untuk peranti Huawei sendiri dan tidak akan dikongsikan kepada pengeluar lain.

Terdahulu, Huawei dilaporkan bersedia menjual cip modem 5G mereka kepada Apple untuk digunakan pada iPhone 5G. Huawei didakwa membuka tawaran ini kerana ingin memberi pilihan kepada Apple daripada memilih MediaTek untuk bekalan cip modem.

Apple tidak lagi berhubung dengan Qualcomm, oleh itu iPhone dan iPad pada masa kini telah dibekalkan dengan cip daripada Intel. Tetapi Apple kini didakwa sedang membangunkan cip modem mereka sendiri, namun begitu Apple dalam kesuntukan masa memandangkan iPhone 5G disasarkan untuk dilancarkan pada tahun 2021.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend