HUAWEI Mengumumkan Penghala Pintar Pertama Di Dunia Menyokong WiFi 6+ Comments Off on HUAWEI Mengumumkan Penghala Pintar Pertama Di Dunia Menyokong WiFi 6+

HUAWEI bukan sahaja meneraju kemajuan infrastruktur 5G pada masa sama mereka juga terkenal dalam menawarkan kemudahan WiFi yang canggih. Baru-baru ini melalui persidangan yang dibuat oleh HUAWEI, syarikat itu turut mengumumkan penghala pintar pertama di dunia yang akan dilengkapi sokongan WiFi 6+.

Produk yang dinamakan HUAWEI AX3 Router ini menelan kos sebanyak CNY299 (~RM141) seunit dan setibanya di pasaran kelak, ia pasti mampu dimiliki oleh orang ramai.

HUAWEI AX3 dilengkapi CPU empat teras 1.4GHz menjadikan ia penghala WiFi 6+ yang paling kuat dengan kelajuan setanding rangkaian 5G. Selain mencapai jalur lebar 160MHz ultra-wide, keupayaannya juga adalah dua kali lebih pantas berbanding peranti WiFi 6 yang memiliki jalur lebar 80MHz.

Formula untuk menghasilkan penghala ini menurut HUAWEI salah satunya adalah dengan meletakkan cip Lingxiao 650 iaitu cip dengan sokongan WiFi 6+ yang menyamai Kirin W650 untuk telefon pintar, tablet, dan skrin pintar.

Lingxiao 650 dikatakan cukup berkuasa yang mana ia dikatakan mampu mengurangkan bebanan bagi memastikan sambungan yang licin walaupun banyak peranti disambungkan pada penghala.

Secara asasnya, HUAWEI AX3 ini sesuai digunakan untuk sektor perniagaan atau pengguna akhir yang memainkan permainan atas talian yang mahukan sambungan internet tanpa gangguan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend