Huawei Mengumumkan Kemas Kini EMUI 9.0 Untuk Pasaran Global Telahpun Bermula Secara Berperingkat Comments Off on Huawei Mengumumkan Kemas Kini EMUI 9.0 Untuk Pasaran Global Telahpun Bermula Secara Berperingkat

Melalui perkongsian rasmi di dalam media sosial Twitter, Huawei Mobile baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan kemas kini EMUI 9.0 untuk pasaran global. Menurut tweet yang dikongsikan, kemas kini tersebut walau bagaimanapun akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Perkara ini telah diumumkan selepas ramai di antara pemilik akaun di Twitter telah mengajukan soalan berhubung ketersediaan kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie pada video sistem navigasi skrin penuh yang dikongsikan sebelum ini. Sungguhpun begitu pihak Huawei tidak pula mendedahkan model apa yang akan menerima kemas kini itu, tarikh spesifik kemas kini akan diterima dan juga negara yang akan menerimanya.

Berdasarkan pemerhatian kami melalui pertanyaan pengguna di dalam tweet tersebut, antara model yang telah disahkan sendiri oleh Huawei telahpun menerima kemas kini itu termasuklah Huawei P20/P20 Pro, Mate 10/10 Pro, dan juga Honor 10. Apa yang pasti, penawaran kemas kini EMUI 9.0 ini akan diterima pada lebih banyak model dan ia ditawarkan secara berperingkat-peringkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend