Huawei Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Comments Off on Huawei Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar

Menurut laporan terbaru South China Morning Post, Foxconn dilaporkan telah menghentikan beberapa barisan pengeluaran telefon pintar Huawei buat sementara waktu.

Ia berikutan Huawei telah mengurangkan tempahan telefon pintar seterusnya memaksa Foxconn menggantung bekalan produk kepada Huawei.

Foxconn merupakan pengilang untuk pemasangan telefon pintar Apple dan Xiaomi yang berpengkalan di Taiwan.

Walau bagaimanapun, sumber tidak melaporkan bilakah Foxconn akan menyambung semula pengeluaran telefon pintar Huawei memandangkan Amerika Syarikat masih lagi berpegang kepada keputusan mereka yang ingin menyekat segala urus niaga Huawei dengan pembekal teknologi lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend