Huawei Menghentikan Perkhidmatan ‘Bootloader Unlock’ Untuk Semua Produknya Bermula 24 Mei 2018 Comments Off on Huawei Menghentikan Perkhidmatan ‘Bootloader Unlock’ Untuk Semua Produknya Bermula 24 Mei 2018

Berbeza dengan peranti yang dioperasikan dengan platform lain, Android dilihat lebih fleksibel kerana pemilik peranti ini bukan sahaja boleh mendapatkan akses pada sistem operasi untuk tujuan root ataupun memasang custom ROM.

Namun begitu pemilik peranti Huawei mungkin tidak lagi memiliki kebebasan itu kerana Huawei secara tiba-tiba telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menghentikan perkhidmatan ‘bootloader unlock’ untuk semua peranti keluarannya bermula 24 Mei 2018 yang lalu. Walau bagaimanapun, untuk peranti yang telah diperkenalkan sebelum dari tarikh itu akan masih boleh mengaksesnya untuk tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.

Menurut Huawei, keputusan ini diambil selepas mendapati proses root dan pemasangan custom ROM boleh menyebabkan pelbagai isu pada pengoperasian peranti. Tetapi berkemungkinan juga perkhidmatan ini kurang mendapat perhatian pemilik peranti Huawei kerana pemproses HiSilicon Kirin sememangnya agak sukar untuk mendapat perhatian pihak pembangun berbanding pemproses lain seperti Qualcomm dan Exynos.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend