Huawei Menghantar Sejuta Peranti Dengan HongMeng OS Untuk Tujuan Ujian Comments Off on Huawei Menghantar Sejuta Peranti Dengan HongMeng OS Untuk Tujuan Ujian 854

Huawei dilaporkan telah menjadualkan sejuta penghantaran telefon pintar Huawei dengan sistem operasi terbaru, HongMeng OS ke beberapa buah negara. Menurut firma Rosenblatt Securities, peranti tersebut kini bersedia untuk diuji tanpa mengesahkan ia adalah untuk tujuan pasaran atau untuk produk pembangunan. Laporan tersebut mendedahkan perisian keluaran Huawei itu sesuai untuk digunakan di mana-mana peranti Android dan ia memiliki sistem sekuriti yang lebih baik daripada segi perlindungan data pengguna.

Menurut The China Daily, Yu Chengdong atau dikenali sebagai Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, memberitahu sistem operasi syarikat akan tersedia seawal bulan September depan atau selewat-lewatnya bulan Mac tahun hadapan. Ia bersedia untuk dipasang pada telefon pintar, tablet, komputer, TV, kereta, peranti boleh-pakai, dan sebagainya selagi menggunakan sistem OS – katanya di dalam perbualan WeChat bersama pakar internet.

Nama HongMeng mungkin tidak komersial, tetapi prestasi sistem operasi negara komunis ini didakwa lebih pantas berbanding sistem operasi sedia ada di pasaran. Harapnya begitulah..

melalui/sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend