Huawei Mengesahkan Kehadiran Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Dalam Acara MWC 2019 Comments Off on Huawei Mengesahkan Kehadiran Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Dalam Acara MWC 2019 1006

Pengumuman berhubung kemunculan telefon pintar 5G yang dikuasakan dengan cip Balong 5000 sebelum ini telahpun disahkan akan diperkenalkan dalam acara MWC 2019. Kini berita tentang pengenalan telefon pintar dengan keupayaan skrin boleh lipat keluaran Huawei itu bakal menjadi kenyataan apabila imej jemputan media yang dikongsikan baru-baru ini jelas memperlihatkan rekaan engsel peranti tersebut.

Sungguhpun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada peranti dengan skrin boleh lipat itu akan turut menyokong rangkaian 5G ataupun akan diperkenalkan sebagai peranti yang berasingan. Jadi bagi mengetahui bagaimanakah rekaan yang akan digunakan pada peranti dengan skrin boleh lipat keluaran Huawei itu nanti, sama-sama kita nantikannya pada 24 Februari 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend