HUAWEI Mengeluarkan Peringatan Penting Untuk Pengguna Mereka Berhubung Data Peribadi Comments Off on HUAWEI Mengeluarkan Peringatan Penting Untuk Pengguna Mereka Berhubung Data Peribadi 197

Pelanggan Huawei yang Dihormati,

Kami ingin memaklumkan anda bahawa disebabkan perubahan organisasi dalam Huawei, semua perkhidmatan mudah alih HUAWEI (termasuk AppGallery, AppAssistant, Wallet, ID HUAWEI, Pusat Ahli, HUAWEI IAP, Poin HUAWEI, Tema, Buka Kunci Majalah, Muzik, Cloud, Pelayar, AppAdvisor, HiBoard dan Kesihatan) akan dipindahkan daripada Aspiegel Limited kepada HUAWEI Services (Hong Kong) Co., Ltd., sebuah syarikat gabungan Aspiegel Limited, diperbadankan dan berpusat operasi di Hong Kong. Ini akan berkesan pada 1 September 2019, dan akan melibatkan negara/kawasan yang berikut:  Hong Kong, Macao dan Malaysia.

1. Apakah makna perubahan ini dan bagaimanakah perubahan ini memberikan kesan kepada hak anda sebagai pengguna?

HUAWEI bermatlamat untuk menyediakan kandungan dan perkhidmatan digital yang inovatif di samping mengembangkan produk dan perkhidmatan yang tersedia untuk pelanggan. Kami mempunyai pasukan pakar yang dikhususkan untuk bekerjasama dengan syarikat HUAWEI yang ditubuhkan (HUAWEI Services (Hong Kong) Co., Ltd.) supaya kami boleh memenuhi keperluan pelanggan kami. Perubahan ini merupakan sebahagian komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin untuk anda dan seterusnya menawarkan lebih banyak manfaat lagi. Oleh itu, kami telah menstrukturkan semula sebahagian operasi kami dan akan menjalankan operasi dan pembangunan perniagaan global untuk semua perkhidmatan mudah alih HUAWEI dari pusat kami di Ireland dan Hong Kong.

HUAWEI Services (Hong Kong) Co., Ltd. akan mengambil alih semua tanggungjawab dan kewajipan perundangan kepada pelanggan di kawasan-kawasan ini daripada Aspiegel Limited. Secara khususnya, HUAWEI Services (Hong Kong) Co., Ltd. akan bertanggungjawab melindungi data peribadi anda.

Perubahan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan kami daripada sudut pandangan penggunaan pelanggan. Secara umumnya, hak dan kewajipan pengguna sah anda tidak akan dijejaskan oleh perubahan ini. Sebagai contoh, jaminan atau waranti peranti anda tidak akan dijejaskan. Jika anda pengguna Huawei yang tinggal di salah satu kawasan yang terlibat dalam perubahan ini, undang-undang paling ketat masih akan dipakai (sama ada tempatan atau tempat data anda diproses) untuk memberi anda keselamatan dan perlindungan yang terbaik.

2. Bagaimanakah perubahan ini memberikan kesan kepada perlindungan data dan hak privasi anda?

Perlindungan data dan hak privasi anda tidak akan dikurangkan dalam apa jua cara. Data peribadi yang telah anda amanahkan kepada kami masih akan diproses dalam cara yang sama seperti ia diproses sebelum ini, dengan mengikut undang-undang berkenaan dan akan disimpan di pusat data kami di Singapura.

3. Adakah perubahan ini memerlukan sebarang tindakan daripada anda?

Tidak, anda tidak perlu membuat apa-apa pun. Anda boleh meneruskan menggunakan perkhidmatan mudah alih kami sama seperti dahulu, dan kami berharap anda menantikan dengan kami perkhidmatan baru yang akan datang.

Namun demikian, jika anda tidak menerima perubahan ini, anda akan perlu memadamkan akaun ID HUAWEI anda. Hal ini akan diterangkan selanjutnya di bawah.

4. Bilakah perubahan ini berkesan?

Perubahan ini akan berkesan pada 1 September 2019.

5. Cara untuk memilih keluar dari perubahan ini?

Dengan ikhlasnya kami berharap anda menikmati dan mempercayai perkhidmatan kami dan ingin meneruskan menggunakannya. Namun demikian, jika diperlukan, anda boleh membatalkan keizinan anda kepada perjanjian pengguna dengan memadamkan akaun ID HUAWEI anda pada bila-bila masa.

Berikut ialah arahan untuk memadamkan akaun anda dari sebuah telefon bimbit:

  • Pergi ke Tetapan > ID HUAWEI > log masuk (jika anda belum melog masuk) > pergi ke Tetapan > Padamkan akaun.

Yang berikut adalah arahan untuk menggunakan tapak web rasmi:

SILA AMBIL PERHATIAN: Dengan memilih keluar, maklumat ID HUAWEI dan HUAWEI Cloud anda akan dipadamkan (termasuk maklumat bernilai, seperti foto, kenalan, dan fail anda yang disegerakkan dan disandarkan pada Cloud). Maklumat ini dipadamkan secara kekal dan tidak boleh dipulihkan, walaupun jika anda mencipta ID HUAWEI baru.

Perkhidmatan mudah alih kami tidak akan tersedia untuk anda sehingga anda mencipta ID HUAWEI baru. Namun demikian, anda boleh menggunakan fungsi-fungsi telefon asas seperti biasa, seperti membuat panggilan telefon, menghantar SMS, dan mengambil foto.

Jika anda mengalami masalah memadamkan akaun anda (seperti terlupa nama akaun atau kata laluan anda), sila hubungi kami pada:

https://consumer.Huawei.com/uk/legal/privacy-questions/

Kami akan mengambil langkah untuk mengesahkan bahawa anda pemilik akaun dan membantu anda memadamkan akaun anda.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend