Huawei Mengatasi Samsung Sebagai Pengeluar Tablet Kedua Terbesar Global Untuk Suku Pertama 2019 Comments Off on Huawei Mengatasi Samsung Sebagai Pengeluar Tablet Kedua Terbesar Global Untuk Suku Pertama 2019

Baru sahaja minggu lepas Huawei telah berjaya merampas kedudukan di tempat kedua sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia daripada Apple, nampaknya baru-baru ini Huawei sekali lagi berjaya mencatatkan rekod jualan yang lebih baik untuk segmen tablet pula.

Melalui laporan yang telah dikongsikan oleh digitimes, Huawei telah berjaya menyingkirkan Samsung sebagai pengeluar tablet kedua terbesar global untuk suku pertama tahun 2019. Manakala Apple pula dilihat masih kukuh berada di tangga pertama, tambahan pula ia baru sahaja melancarkan iPad baharu pada Mac yang lalu.

Huawei MediaPad T5
Huawei MediaPad M5 Pro

Malah beberapa hari yang lepas, terdapat ketirisan berhubung penghasilan tiga model tablet keluaran Huawei yang dipercayai akan dikuasakan dengan cipset Kirin 980. Berdasarkan perkongsian di Internet, ia mungkin merupakan model tablet Huawei MediaPad M6 dan juga M6 Pro.

Sepanjang suku pertama tahun ini (Januari hingga Mac), jumlah pengedaran tablet di seluruh dunia mencatatkan sebanyak 37.15 juta unit, iaitu penurunan sebanyak 12.9% berbanding tempoh sama tahun lepas. Daripada jumlah itu juga, kebanyakan tablet yang terjual adalah bersaiz antara 7 inci dan 8 inci.

Beli tablet Huawei di Huawei Online Store:

sumber

Baca juga:

Huawei Kembali Rampas Kedudukan Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Huawei Dilaporkan Sedang Menghasilkan Tiga Model Tablet Dengan Sokongan Cipset Kirin 980

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend