Huawei Mengacah Nak Lancar Sesuatu Di MWC 2019? Comments Off on Huawei Mengacah Nak Lancar Sesuatu Di MWC 2019? 441

Acara MWC 2019 akan berlangsung pada 24 Februari ini di Barcelona. Dalam acara ini juga kita bakal melihat produk berkaitan telefon pintar yang terbaharu daripada pengeluar dari seluruh dunia.

Terbaru, Huawei mengacah satu video yang kami percayai ianya sebuah penghala 5G. Ini berdasarkan slogan yang digunakan adalah “Connecting The Future” yang bermaksud “Menyambung Masa Depan”. Malah ia diperkuatkan lagi dengan imej penghala yang Huawei pernah perkenalkan semasa pelancaran Huawei 5G CPE Pro pada akhir bulan lalu.

Adakah ia merupakan versi yang dinaik taraf atau sebaliknya, kita nantikan pengumuman rasmi daripada mereka minggu hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend