Huawei Menerima Tanda Dagangan Untuk 3D CuteMoji, Mungkin Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti Comments Off on Huawei Menerima Tanda Dagangan Untuk 3D CuteMoji, Mungkin Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada spekulasi yang mengatakan bahawa Huawei P30 dan P30 Pro mungkin akan diumumkan di dalam acara MWC 2019 yang akan berlangsung pada penghujung Februari 2019 nanti. Menariknya baru-baru ini Huawei telah berjaya menerima hak tanda dagangan untuk satu fungsi baharu yang dikenali sebagai 3D CuteMoji bertarikh 28 Disember 2018 yang lalu.

Fungsi Qmoji sebelum ini telahpun diperkenalkan pada siri Nova 3 dan Nova 3i.

Sebelum ini fungsi 3D Live Emoji atau dikenali sebagai QMoji pada peranti Huawei menampilkan sokongan karakter haiwan yang comel seperti penguin atau cicak. Jadi ada kemungkinan 3D CuteMoji yang dipercayai akan diperkenalkan serentak dengan siri Huawei P30 ini menampilkan karakter manusia pula.

Anda boleh rujuk hak tanda dagangan 3D CuteMoji di SINI

Baca juga:

Imej Pengolokan Huawei P30 Pro Dedah Rupa Depan Dan Belakang

Ketirisan Paten Sarung Pelindung Huawei Mate 30 Pro Memberi Klu Sokongan Lima Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend