HUAWEI Menerajui Paten 5G Dengan Pemfailan Lebih Daripada 3,300 Paten Setakat September 2019 Comments Off on HUAWEI Menerajui Paten 5G Dengan Pemfailan Lebih Daripada 3,300 Paten Setakat September 2019 130

Peralihan ke rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G sememangnya sangat sinonim dengan jenama HUAWEI. Ini berikutan ia telah berjaya menerima lebih daripada 60 kontrak komersial 5G dengan penyedia telekomunikasi global, dan sudahpun mengedar lebih daripada 400,000 stesen pangkalan 5G setakat ini.

Tidak cukup dengan itu, laporan IPlytics turut mendedahkan bahawa HUAWEI juga merupakan jenama yang memiliki paling banyak paten 5G dengan mencatatkan sebanyak 3325 paten. Namun setakat September 2019, 1337 daripada paten itu telahpun diluluskan, manakala 2,379 paten lagi sudahpun difailkan di pejabat paten di seluruh dunia.

Samsung berada di tempat kedua dengan menyaksikan jumlah keseluruhan sebanyak 2846 paten, dan 1746  daripadanya paten itu sudahpun diluluskan. Ini diikuti dengan LG Electronics dan juga Nokia yang masing-masing memiliki jumlah paten sebanyak 2463 dan 2308.

Menurut Ren Zhengfei selaku CEO HUAWEI, mereka menyasarkan untuk menjual lebih daripada 2 juta stesen pangkalan 5G dalam tempoh dua tahun lagi. Sasaran ini dibuat selepas HUAWEI dilaporkan sudah mula menghasilkan stesen pangkalan 5G tanpa menggunakan komponen daripada Amerika Syarikat.

melaluisumber

Baca juga:

Kelajuan Muat Turun Cecah 1.3Gbps Berjaya Dicatatkan Di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend