Huawei Mendaftar Tanda Dagangan Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat – Mate V, Mate F dan Mate Fold Comments Off on Huawei Mendaftar Tanda Dagangan Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat – Mate V, Mate F dan Mate Fold 425

Kemunculan Huawei Mate X yang telah diperkenalkan kepada umum sebelum ini telah meletakkan jenama Huawei sebagai salah satu daripada pengeluar terawal yang menampilkan segmen baharu dalam industri telefon pintar. Malah peranti dengan rekaan skrin boleh lipat itu juga telah dilaporkan akan dijual bermula Jun 2019 nanti.

Huawei dilihat sangat komited dalam menawarkan lebih banyak telefon pintar dengan skrin boleh lipat ini apabila portal nashvillechatterclass telah mendedahkan bahawa Huawei kini telahpun mendaftar tiga lagi nama model di dalam organisasi tanda dagangan di Peru. Ketiga-tiga nama yang didaftarkan itu adalah Huawei Mate V, Huawei Mate F dan juga Huawei Mate Fold.

Ketiga-tiga nama yang didaftarkan di dalam pangkalan data Defense of Free Competition and the Protection of Intellectual Property (INDECOPI) ini telah diklasifikasi dalam kategori 9, iaitu merujuk kepada komputer dan juga telefon pintar.

Memandangkan Amerika Syarikat telah menarik balik sekatan perdagangan terhadap Huawei untuk tempoh 90 hari, pihak Google masih boleh meneruskan sokongan terhadap peranti Huawei dalam tempoh tersebut. Namun begitu, Huawei tidak lagi dibenarkan untuk membeli komponen ataupun perisian daripada syarikat yang berpangkalan dari Amerika Syarikat, tetapi sebelum ini Huawei telahpun dilaporkan membeli bekalan yang mencukupi untuk sepanjang tahun ini.

Baca juga:

Huawei Mate X Tersenarai Dalam Laman Rasmi Vmall Di China, Akan Dijual Bermula Jun 2019

Stok Huawei Mate X Sekurang-kurangnya 100,000 Unit Sebelum Julai Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend