HUAWEI Menanda Dagang Nama ‘NovaBuds’ Untuk Fon Kepala Bluetooth Tanpa Wayar Comments Off on HUAWEI Menanda Dagang Nama ‘NovaBuds’ Untuk Fon Kepala Bluetooth Tanpa Wayar

HUAWEI dalam laporan terbaru telah memohon tanda dagangan daripada EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) untuk barisan produk fon kepala Bluetooth tanpa wayar akan datang.

Permohonan nama ‘NovaBuds’ adalah disasarkan untuk produk di bawah kategori antaranya seperti fon kepala, fon telinga, fon kepala VR, fon telinga VR, pembesar suara, dan beberapa lagi produk yang berkaitan.

Ketika ini, permohonan tanda dagangan masih di bawah kajian oleh EUIPO dan dijangka NovaBuds akan diguna pakai oleh HUAWEI tidak lama lagi. Walaubagaimanapun butiran mengenainya seperti reka bentuk dan spesifikasi masih lagi belum didedahkan.

HUAWEI kini melihat segmen fon telinga Bluetooth dan TWS sebagai pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang. Pada separuh kedua tahun ini, kita telah diperkenalkan dengan bermacam-macam produk fon kepala terutamanya TWS dan yang terbaru ialah OPPO Enco Free.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend