Huawei Memperuntukkan RM63.2 Bilion Untuk R&D Sepanjang Tahun 2018, Peningkatan Sebanyak 149% Comments Off on Huawei Memperuntukkan RM63.2 Bilion Untuk R&D Sepanjang Tahun 2018, Peningkatan Sebanyak 149%

Bloomberg baru-baru ini telah mendedahkan bahawa Huawei Technologies Co. dilihat cuba mendominasi teknologi rangkaian Internet berkelajuan tinggi 5G, apabila telah memperuntukkan USD15.3 bilion (kira-kira RM63.2 bilion) untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepanjang tahun 2018.

Angka peruntukan itu juga memperlihatkan peningkatan lebih daripada dua kali ganda berbanding lima tahun sebelum ini, sekaligus meletakkan Huawei antara 10 syarikat utama dunia yang paling banyak meletakkan peruntukan untuk tujuan R&D. Bahkan Huawei yang berada di kedudukan ke-4 ini telah mencatatkan peningkatan bajet R&D sebanyak 149% sejak tahun 2014 yang lalu.

Jika dilihat pada jumlah keseluruhan peruntukan R&D untuk tempoh lima tahun iaitu 2014 hingga 2019, Huawei telah melonjak di kedudukan ke-7 dengan bajet sebanyak USD58.2 bilion (kira-kira RM240.6 bilion).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend