HUAWEI Mempertimbangkan Untuk Membenarkan Sokongan Dua Sistem Operasi Serentak Pada Perantinya Comments Off on HUAWEI Mempertimbangkan Untuk Membenarkan Sokongan Dua Sistem Operasi Serentak Pada Perantinya

Berikutan daripada tindakan kerajaan Amerika Syarikat yang telah menyenaraikan HUAWEI di dalam Senarai Entiti, telefon pintar keluaran HUAWEI yang baharu seperti siri Mate 30 dilihat tidak lagi didatangkan dengan sokongan aplikasi daripada Google. Perkara ini sudah tentunya akan mengganggu jualan peranti mercu HUAWEI di pasaran global.

Melalui pendedahan terbaru yang dikongsikan oleh GizChina, HUAWEI baru-baru ini telah dilaporkan akan mempertimbangkan untuk membenarkan sokongan dua sistem operasi pada telefon pintar keluarannya. Menurut portal itu lagi, sokongan dua sistem operasi itu tidak terhad hanya untuk peranti baharu sahaja, tetapi ia turut akan disokong oleh peranti sedia ada di pasaran.

Sekiranya keputusan ini direalisasikan, telefon pintar keluaran HUAWEI dikatakan mampu menyokong sistem operasi Android dan juga sistem operasi Harmony OS secara serentak pada masa akan datang.

Baca juga:

Harmony OS Diperkenalkan – Sistem Operasi Sumber Terbuka Pertama Berasaskan Mikrokernel

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend