Huawei Memperkenalkan Sarung Pelindung Kalis Air Khusus Untuk Aktiviti Snorkeling 0 469

Huawei Mate 20 Pro hadir dengan ciri kalis air dan debu melalui pengiktirafan IP68 yang mampu digunakan pada kedalaman 1.5 meter selama 30 minit. Tetapi perlu diingatkan bahawa mana-mana peranti kalis air sebenarnya tidak boleh digunakan di dalam air masin, jadi bagi membolehkan Mate 20 Pro digunakan untuk aktiviti snorkeling, Huawei telah memperkenalkan aksesori istimewa khusus untuk tujuan itu.

Sarung pelindung kalis air ini telah direka khas untuk aktiviti snorkeling dan ia tampil dengan rekaan yang lebih profesional. Lebih istimewanya, ia turut dilengkapi dengan ciri mod kamera di dalam air yang mampu memastikan kualiti gambar atau rakaman video yang lebih baik.

Bagi memudahkan anda mengawal peranti, sarung ini turut disediakan dengan butang kawalan fizikal yang mudah untuk digunakan di dalam air. Melalui sokongan sarung pelindung kalis air dengan gred profesional ini, Huawei Mate 20 Pro anda boleh digunakan pada kedalaman sehingga 5 meter selama 1 jam.

Sarung pelindung kalis air khusus untuk aktiviti snorkeling ini sudahpun dijual di Vmall.com di China pada harga CNY599 (kira-kira RM360).

 

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

 

Baca juga:

BETOP G1 Game Controller Untuk Siri Huawei Mate 20 Mula Dijual Di Bawah Program Aksesori DFH

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend