Huawei Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Kamera Periskop, Bicu Audio 3.5mm Dan Panel Skrin Kedua Comments Off on Huawei Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Kamera Periskop, Bicu Audio 3.5mm Dan Panel Skrin Kedua 543

Setiap kali Huawei memperkenalkan peranti mercunya yang terbaharu di pasaran, pastinya ada sahaja teknologi dan juga ciri-ciri menarik yang disokongnya. Nampaknya Huawei sekali lagi akan tampil dengan satu lagi kelainan pada rekaan perantinya pada masa akan datang, selepas rekaan paten terkini jenama itu telah berjaya didedahkan oleh portal LetsGoDigital.

Paten yang bertarikh 28 Februari 2019 itu jelas memperlihatkan rekaan telefon pintar dengan sokongan skrin penuh yang memiliki saiz takuk yang sangat kecil bagi menempatkan kamera swafoto. Manakala panel belakangnya pula kini telah menampilkan sokongan tiga kamera dengan lensa jenis periskop yang tampil dengan ciri 10x zum optikal.

Lebih istimewanya, panel belakang peranti ini turut hadir dengan panel skrin kedua yang buat masa ini masih belum diketahui fungsi istimewa yang akan disokongnya. Tidak cukup dengan itu, berdasarkan daripada rekaan paten itu juga jelas memperlihatkan kehadiran satu butang fizikal tambahan dan lebih menariknya ia juga kini dilihat telah mengembalikan semula bicu audio 3.5mm.

Memandangkan siri Huawei Mate 30 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujunga tahun 2019 nanti, ada kemungkinan rekaan paten ini akan diperkenalkan pada peranti mercu itu.

sumber

Baca juga:

Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend