Huawei Mempatenkan Rekaan Dahi Membukit Untuk Telefon Pintar Kelas Permulaan Akan Datang Comments Off on Huawei Mempatenkan Rekaan Dahi Membukit Untuk Telefon Pintar Kelas Permulaan Akan Datang

Selepas Huawei Nova 4 dilancarkan pada Disember tahun lalu dengan rekaan skrin berlubang, Huawei kini telah memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan kamera depan terangkat pertama mereka sebentar tadi menerusi Huawei P Smart Z. Kedua-duanya adalah peranti premium yang dikategorikan dibawah kelas pertengahan.

Terbaru, Huawei dilaporkan telah mempatenkan telefon pintar dengan reka bentuk terbaru untuk peranti kelas permulaan mereka akan datang. Melihat pada rekaan ini, Huawei telah berjaya menyelesaikan masalah takuk pada peranti. Ia sekaligus telah mengalihkan kamera dan sensor daripada berada di permukaan skrin bagi memberikan pengalaman skrin yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

Perkembangan ini masih berada di peringkat awal dan masih tidak diketahui lagi siri model manakah yang akan menggunakan reka bentuk ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend