HUAWEI Memohon Paten Untuk Penggambaran ‘Moon Mode’ Dengan Imej Bulan Dan Latar Belakang Yang Terang Comments Off on HUAWEI Memohon Paten Untuk Penggambaran ‘Moon Mode’ Dengan Imej Bulan Dan Latar Belakang Yang Terang 339

Sokongan keupayaan penggambaran ‘Moon Mode’ pada peranti HUAWEI sebelum ini telah diperkenalkan serentak dengan pelancaran HUAWEI P30 Pro. Melalui mod penggambaran khas ini, pengguna mampu mengambil gambar bulan dengan lebih mudah dengan bantuan AI tanpa perlu menala tetapan kamera secara manual.

Pada 17 Julai 2019, Pejabat Harta Intelek Negeri telah mengumumkan permohonan paten terbaharu daripada HUAWEI yang merujuk kepada ‘kaedah dan peranti elektronik untuk pengambilan gambar bulan’. Melalui laporan itu, paten bernombor 201910134047.X ini telah dimohon pada tarikh 22 Februari 2019.

Berdasarkan paten itu, HUAWEI telah mendedahkan bahawa ia akan menggunakan kaedah automatik untuk mengenal pasti bulan dan mod khas akan diaktifkan. Lensa kamera akan memfokuskan pada bulan dan paparan skrin akan memaparkan garisan pada imej bulan tersebut bagi memastikan gambar bulan yang lebih jelas akan diambil.

Lebih menariknya, sokongan penggambaran multi-frame (berbilang-bingkai) pada mod ini turut menyokong pengambilan gambar pada tahap pendedahan cahaya yang berbeza, sekaligus mampu menghasilkan gambar bulan dan juga imej latar belakang pemandangan yang lebih terang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend