HUAWEI Memohon Nama Tanda Dagangan ‘Harmony’ Di Eropah Dan UK Untuk Sistem Operasi Baharunya Comments Off on HUAWEI Memohon Nama Tanda Dagangan ‘Harmony’ Di Eropah Dan UK Untuk Sistem Operasi Baharunya 304

Tidak dinafikan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telahpun menarik balik sekatan perdagangan antara HUAWEI dengan syarikat yang berpangkalan dari AS. Namun begitu, buat masa ini jenama HUAWEI dilihat masih lagi dikekalkan dalam senarai entiti kerajaan barat itu.

Jadi bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang, HUAWEI telahpun bersiap sedia dengan perancangan alternatifnya dengan membangunkan sistem operasinya sendiri iaitu ‘HongMeng OS’. Malah sistem operasi ini juga sebelum ini pernah tampil dengan nama lain untuk pasaran global yang akan dikenali sebagai ‘Ark OS’.

Permohonan tanda dagangan untuk nama ‘Harmony’ yang dibuat melalui EUIPO.

Menariknya, HUAWEI baru-baru ini sekali lagi telah memohon satu lagi nama untuk tanda dagangan di Eropah yang tampil dengan nama ‘Harmony’. Diklasifikasikan dalam kelas 9, ia merujuk kepada sistem operasi untuk pelbagai produk termasuklah telefon pintar dan komputer. Ia secara tidak langsung mungkin merujuk kepada HongMeng OS yang diketahui boleh dioperasikan pada pelbagai produk berbeza.

HUAWEI juga turut mendaftar tanda dagangan untuk nama ‘Harmony’ di United Kingdom.

Memandangkan HUAWEI sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk terus menggunakan sistem operasi Android daripada Google pada peranti keluarannya dan ia merupakan sistem operasi sandaran. Sama-sama kita nantikan berita lebih lanjut berhubung sistem operasi HongMeng OS ini apabila didedahkan secara rasmi pada 9 Ogos depan.

sumber

Baca juga:

Huawei Telah Mendaftar Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia

Sistem Operasi Yang Dibangunkan Oleh Huawei Mungkin Akan Dikenali Sebagai ‘Ark OS’

HUAWEI Akan Kekal Terus Menggunakan Sistem Operasi Android Selagi Tiada Halangan Dikenakan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend