Huawei Memiliki 40 Kontrak 5G Dan Telah Mengedar Lebih 70,000 Stesen Pangkalan 5G Comments Off on Huawei Memiliki 40 Kontrak 5G Dan Telah Mengedar Lebih 70,000 Stesen Pangkalan 5G 183

Tahun 2019 bakal menyaksikan penawaran rangkaian pantas 5G, bahkan pengendali telekomunikasi tempatan juga sejak kebelakangnya ini dilihat telah mula membuat demonstrasi kelajuan rangkaian 5G. Apa yang pasti, Huawei merupakan salah satu daripada pembangun yang aktif dalam menawarkan pelbagai produk berkaitan 5G.

kredit gambar: REUTERS/Stringer

Baru-baru ini Huawei telah mengumumkan setakat 15 April 2019, mereka berjaya mendapatkan sebanyak 40 kontrak 5G dan telah mengedarkan lebih 70,000 stesen pangkalan 5G di seluruh dunia. Daripada keseluruhan kontrak yang diterima itu, 23 kontrak datang dari Eropah, 10 kontrak dari Timur Tengah, 6 kontrak dari Asia, dan 1 kontrak dari Afrika.

Menurut ramalan yang dikongsikan oleh Naib Pengerusi Huawei, tahun 2025 bakal menyaksikan sebanyak 6.5 juta stesen pangkalan 5G dan 2.8 bilion pengguna rangkaian 5G di seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend