Huawei Memfailkan Tanda Dagangan Untuk Siri Tablet Baharu – Huawei MatePad Comments Off on Huawei Memfailkan Tanda Dagangan Untuk Siri Tablet Baharu – Huawei MatePad 463

Jika awal bulan Februari yang lepas Huawei dipercayai bakal tampil dengan dua model terbaharunya iaitu ‘Mate MINI’ dan ‘Mate Smart’, kini nampaknya satu lagi tanda dagangan baharu telah difailkan oleh pengeluar peranti popular ini.

Berbeza dengan dua nama tanda dagangan sebelum ini yang dikategorikan sebagai telefon pintar, nama tanda dagangan terbaru ini telah dikategorikan sebagai tablet. Sebagaimana yang kita ketahui, buat masa ini Huawei telahpun memiliki siri tablet melalui penawaran ‘MediaPad’ seperti model Huawei MediaPad M5 / MediaPad M5 Pro dan juga yang terbaru Huawei MediaPad T5.

Jadi dengan kemunculan nama tanda dagangan baharu ‘MatePad’ ini tidak dapat disahkan sama ada akan diperkenalkan sebagai siri tablet terbaru daripada Huawei ataupun akan menggantikan siri tablet sedia ada di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend