Huawei Memfailkan Tanda Dagangan Untuk 9 Model Honor Pada Masa Akan Datang Comments Off on Huawei Memfailkan Tanda Dagangan Untuk 9 Model Honor Pada Masa Akan Datang

Huawei Technologies Co. Ltd. baru-baru ini dilihat telah memfailkan tanda dagangan untuk 9 model yang akan diperkenalkan oleh Honor pada masa akan datang. Perkara ini telah disahkan melalui pendedahan yang diperolehi daripada EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah).

Melalui fail tanda dagangan yang dibuat oleh Huawei itu, 9 nama model yang dimaksudkan adalah 10N, 20C, 20N, 30C, 30N, 40C, 40N, 50C dan juga 50N. Kesemua nama model ini bakal digunakan pada peranti Honor yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Bahkan Huawei juga dilihat mahu Honor untuk mengikuti rentaknya dengan melangkau penggunaan nama model Honor 11N dan terus digantikan dengan Honor 20N.

Model Honor 9N sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran di India.

Penggunaan nama ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini sub-jenama Huawei iaitu Honor telahpun hadir dengan model Honor 6C, Honor 7C, Honor 8C dan juga Honor 9N.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend