HUAWEI Memfailkan Permohonan Tanda Dagangan Untuk Penggunaan Nama Model P300 Hingga P1000 Comments Off on HUAWEI Memfailkan Permohonan Tanda Dagangan Untuk Penggunaan Nama Model P300 Hingga P1000 261

Antara kebanyakan model yang diperkenalkan oleh HUAWEI, siri P dan juga siri Mate merupakan nama model yang paling mudah untuk diingati berbanding siri keluarannya yang lain. Ini kerana model daripada kedua-dua siri P dan Mate itu tampil dengan menggunakan dua digit nombor yang mudah untuk diingati.

Namun melalui pendedahan yang telah dibuat oleh portal LetsGoDigital, HUAWEI baru-baru ini dilaporkan telah mula memfailkan permohonan tanda dagangan untuk lapan model berbeza. Berdasarkan permohonan di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) yang berpangkalan dari UK, HUAWEI dilihat bakal menggunakan nama P300 hingga P1000 untuk perantinya pada masa akan datang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan nama Mate 30 sudahpun disahkan akan diperkenalkan pada Oktober 2019 nanti, jadi buat masa ini masih belum dapat dipastikan bilakah HUAWEI akan mula memperkenalkan peranti dengan penggunaan nama baharu ini nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend