Huawei Melancarkan Tablet Terbaharu MediaPad M5 Lite Secara Senyap Comments Off on Huawei Melancarkan Tablet Terbaharu MediaPad M5 Lite Secara Senyap

Huawei secara senyap telah melancarkan tablet terbaharu mereka Huawei MediaPad M5 Lite. Tablet ini dibina menggunakan bahan aluminium pada badan disamping menempatkan empat speaker seperti versi Pro yang terdahulu.

Baca juga: Huawei MediaPad M5 Dan MediaPad M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,499 Dan RM1,899

MediaPad M5 Lite ialah sebuah tablet bersaiz besar. Jadi ia dipadankan dengan paparan 10.1-inci beresolusi 1920 x 1200 piksel. Tablet ini dikuasakan cip pemproses Kirin 659 dan dikeluarkan dalam dua varian iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB. Ciri istimewa pada peranti ini ialah kehadiran empat speaker talaan Harmon Kardon dua di atas dan dua di bawah yang menyokong sistem audio 3D sekeliling.

MediaPad M5 Lite menyediakan bateri berkapasiti 7,500mAh dan ditemani sistem antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo. Menurut Huawei, tablet ini sesuai digunakan untuk memainkan permainan mudah alih malah Huawei turut menambah fungsi tablet ini menerusi sokongan pen stylus yang dinamakan Huawei M-Pen. Pen ini turut menyokong tahap sensitiviti sehingga 2,048 tekanan.

MediaPad M5 Lite dikeluarkan dalam dua pilihan warna iaitu Champagne Gold dan Space Grey. Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, tiada senarai harga dikeluarkan.

Beli di sini: Huawei MediaPad M5 / M5 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend