Huawei MediaPad T5 – Tablet 10.1″ Bajet Yang Sesuai Untuk ‘Gamers’ Dan ‘Kanak-Kanak’ Comments Off on Huawei MediaPad T5 – Tablet 10.1″ Bajet Yang Sesuai Untuk ‘Gamers’ Dan ‘Kanak-Kanak’ 775

Tidak dinafikan lagi bahawa tablet dilihat tidak begitu meluas penggunaannya berbanding sebelum ini, tetapi itu tidak bermakna permintaan terhadap peranti ini tidak ada. Jadi jika anda ingin mencari sebuah tablet bajet dengan harga jualan di bawah RM1000, Huawei MediaPad T5 yang baru sahaja dilancarkan mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadi sekiranya anda mahukan sebuah tablet bajet yang memfokuskan aspek gaming ataupun tablet yang selamat digunakan oleh anak kecil, Huawei MediaPad T5 adalah pilihan yang sangat sesuai untuk dimiliki. Ini kerana selain hadir dengan speaker stereo yang sangat baik, ia turut menyokong dua aplikasi khusus untuk kedua-dua golongan tersebut iaitu Game Suite dan juga Kids Corner.

Game Suite

Pengalaman bermain menggunakan tablet ini bukan sahaja menjanjikan prestasi yang telah dioptimumkan, tetapi anda juga boleh menyekat penerimaan notifikasi ataupun panggilan ketika sedang bermain. Untuk menikmati fungsi ini, anda hanya perlu memasukkan senarai permainan di dalam aplikasi Game Suite.

Kids Corner

Kerisauan paling utama ibu bapa apabila menyerahkan tablet kepada anak kecil mereka adalah pendedahan terhadap kandungan yang tidak sewajarnya. Jadi dengan Huawei MediaPad T5, ia telah tersedia dengan aplikasi pra-pasang Kids Corner yang akan hanya membenarkan akses terhadap aplikasi yang telah dikhususkan untuk golongan ini.

Pra-Pandang Huawei MediaPad T5


Skrin besar – walaupun ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik, Huawei MediaPad T5 menjanjikan pengalaman menggunakan tablet yang terbaik kerana menyokong skrin 10.1 inci dengan resolusi HD penuh (1920 x 1080 piksel).


Kamera depan – ia turut dilengkapi dengan kamera depan beresolusi 2MP yang boleh digunakan untuk tujuan swafoto ataupun membuat panggilan video.


Panel belakang – tampil dengan panel belakang yang diperbuat daripada aluminium, Huawei MediaPad T5 menjanjikan kerangka yang agak ringan iaitu sekitar 460g sahaja. Selain itu, ia turut menyokong bateri berkapasiti 5100 mAh.


Kamera utama – panel belakang ini telah menempatkan kamera utama beresolusi 5MP (f/2.4) yang berupaya menyokong rakaman video berkualiti 1080p @ 30fps.


Speaker stereo – kualiti audio yang dihasilkan oleh speaker stereo pada Huawei MediaPad T5 ini sememangnya sangat baik kerana ia menyokong teknologi Huawei Histen.


Butang kawalan – sisi kanan tablet ini tersedia dengan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa.


Port USB dan bicu audio – sisi kiri Huawei MediaPad T5 pula tersedia dengan port microUSB, slot kad dan juga bicu audio 3.5mm.


Slot kad – selain menyokong sambungan WiFi 802.11ac, anda juga boleh melayari Internet menggunakan rangkaian 4G melalui sokongan kad SIM bersaiz nano. Malah ia juga turut menyokong slot kad microSD sehingga 256GB.

Spesifikasi Huawei MediaPad T5:

  • EMUI 8.0 (Android 8.0 Oreo)
  • Kirin 659 (4x Cortex A53 2.36 GHz + 4x Cortex A53 1.7 GHz)
  •  3GB + 32GB (microSD 256GB)
  • 10.1 inci IPS LCD, 1920 x 1080 piksel
  • Kamera utama: 5MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 2MP (f/2.4)
  • 4G, WiFi 802.11ac, microUSB, GPS
  • Speaker stereo (Huawei Histen)
  • 5100 mAh (5V1A)
  • Pilihan warna: hitam dan emas

Beli Huawei MediaPad T5 (RM999) → https://shop.huawei.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend