Huawei MediaPad T5 Berharga RM999 Kini Disahkan Boleh Dimiliki Lebih Awal – 28 Januari 2019 0 222

Di dalam majlis pelancaran Huawei Nova 4 yang berlangsung pada 16 Januari lepas, Huawei Malaysia ada mendedahkan bahawa ketersediaan jualan Huawei MediaPad T5 adalah pada 28 Februari 2019 nanti. Nampaknya hari ini Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa tarikh jualan tablet terbarunya itu sudah boleh dimiliki lebih awal pada hujung bulan ini iaitu 28 Januari 2019.


Dengan harga jualan hanya RM999, Huawei MediaPad T5 dilengkapi dengan paparan skrin 10.1 inci FHD (1920 x 1200 piksel), dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo, dikuasakan dengan pemproses Kirin 659, bateri berkapasiti 5100mAh dan akan ditawarkan dalam satu pilihan memori sahaja iaitu 3GB + 32GB.

Setiap pembelian Huawei MediaPad T5 akan turut menerima sarung pelindung jenis flip case bernilai RM119 secara percuma.

Beli Huawei MediaPad T5 bernilai RM999 → https://consumer.huawei.com/

Baca juga:

Tablet Huawei MediaPad T5 Akan Dijual Bermula 28 Januari 2019 Dengan Harga RM999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend